Tiga syarikat menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam memperkukuh jaringan internet di seluruh Sarawak sekaligus sebagai usaha memperkasa agenda ekonomi digital.
Tiga syarikat itu ialah Sacofa Sdn Bhd (SACOFA), PP Telecommunication Sdn. Bhd. atau (PPTEL) dan Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS).